Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, April 25, 2014

Misi HIKMAH Aceh - Menunaikan hajat asal perjalanan dan bertemu rombongan di makam Malikus Saleh

Salam Jumaat. Artikel kali ini agak istimewa kerana menunjukkan hajat asal perjalanan di Aceh 23-30 Mac ditunaikan. Lebih istimewa ia berlaku pada pagi Jumaat. Pada waktu itu juga rombongan dari Malaysia yang akan memeriahkan acara ke-10 HIKMAH di Banda Aceh bertemu kami. Bersambung dari Misi HIKMAH Aceh - Berkejar ke Perlak sebelum bermalam Jumaat di makam Malikus Saleh.


Pada artikel pengenalan Misi 2 serampang - Membawa Johan dan HIKMAH ke Aceh yang dibuat hampir sebulan lalu ada disebut perjalanan ke Aceh kali ini asalnya dibuat untuk membawa anak kecil kami Muhammad Alauddin Johan menjejak makam pengasas kerajaan Samudera dan Pasai, Sultan Malikus Saleh. Saya dan isteri juga mahu mengambil gambar baru memaparkan Johan bersama untuk menggantikan gambar kami dan anak lebih tua Rasyid yang sudah sekian lama menghiasi bahagian atas blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Maka pagi Jumaat 27 Mac 2014, selepas puas bermalam di rumah anak penjaga makam, sekitar 200 meter dari makam kami pun kembali ke sana.


Bersama kami adalah Ustaz Ikhwan dari Pulau Pinang yang datang melalui Medan. Beliau telah bermalam di surau berdekatan, apabila ke makam awal pagi ada orang memberitahu bahawa saya dan keluarga berada di rumah anak penjaga makam. Beliau bergegas untuk berjumpa kami di situ. Setelah siap mandi dan sarapan kami sama-sama pergi ke makam sultan yang merupakan seorang wali besar.


Selain ziarah kami juga menunggu kedatangan rombongan 15 orang dari Malaysia yang akan bersama memeriahkan acara ke-10 HIKMAH di Banda Aceh hari Sabtu. Mereka telah sampai dari Kuala Lumpur ke Banda Aceh petang Khamis dan terus bertolak ke Lhokseumawe, 6 jam perjalanan untuk bermalam. Ketika kami sampai ke makam jam 9 mereka harus sudah siap sarapan dan keluar dari hotel. Dari Lhokseumawe ke makam yang terletak dalam kawasan bernama Geudong jaraknya cuma 20 km atau kurang setengah jam perjalanan.


Sementara menunggu rombongan sampai kami mengambil gambar keluarga. Rasanya yang ini paling sesuai untuk menjadi gambar baru bahagian atas blogspot...



Saya juga membawa anak-anak menjejak kaki di atas tanah belakang makam. Rasyid yang kini sudah berusia 4 tahun setengah pertama kali menjejak tanah di sini, ketika berumur 3 setengah bulan. Lihat artikel lama Jejak Al-Rasyid di Aceh! juga Petualangan Al-Rasyid ke Aceh : Menjejak kegemilangan Samudera-Pasai. Johan pula pertama kali menjejak tanah ketika berumur 31 hari sahaja! Di makam Sultan Alauddin Riayat Syah Melaka, di Muar. Lihat Dari Tok Bentayan ke Sultan Alauddin ke Tuanku Tambusai - Latihan awal Johan untuk pengembaraan akan datang. Ini dibuat sebagai persediaan untuk membawa anak kecil kami itu berjalan mengeliling Pulau Jawa. Lihat Koleksi artikel "Pusing Pulau Jawa".
.


Dengan ini selesailah tujuan asal perjalanan ke Aceh dibuat. Tinggal menunggu untuk menyelesaikan tujuan kedua yang muncul kemudian seperti diceritakan dalam artikel Misi 2 serampang - Membawa Johan dan HIKMAH ke Aceh.


Nampaknya tujuan itu juga direstui 'pihak atasan'. Pada tabung derma sebelah makam siap tertera perkataan HIKMAH. Walhal seingat saya tiada lagi perkataan ini dalam lawatan-lawatan terdahulu.


Tidak lama kemudian muncullah rombongan dari Malaysia, 15 orang yang diseliakan badan bernama Anjung Hikmah. Kebetulan lagi nama badan ini dekat sama. Tak perlulah dipanjangkan cerita sebab sudah dihuraikan pada artikel Ziarah rombongan Malaysia ke makam Sultan Malikus Saleh di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Selepas itu saya membawa rombongan menziarahi makam Sultanah Nahrisyah yang terletak sekitar 2-3 km dari makam moyangnya Sultan Malikus Saleh. Lihat artikel HIKMAH group visit to the tomb of Sultanah Nahrisyah di blogspoBERPETUALANG KE ACEH.



Mungkin berkat datang berjemaah sambil melepaskan hajat ramai mahu menziarahi makam sultan, kali ini saya mendapat tahu di manakah keturunannya yang menjadi raja perempuan itu sebenarnya dimakamkan. Rupa-rupanya binaan cantik dari batu mar-mar yang biasa dinyatakan sebagai makam adalah tambahan kemudian. Lihat artikel Makam sebenar (Real tomb of) Sultanah Nahrisyah di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Selesai ziarah itu kami pun mengorak langkah untuk kembali ke Banda Aceh. Makan tengah hari di sebuah kedai berdekatan kota Lhokseumawe.


Selepas makan kami menyambung perjalanan tanpa henti untuk solat Jumaat. Jarak perjalanan ke Lhokseumawe ke Banda Aceh adalah sekitar 6 jam sedangkan ada tempat yang perlu kami singgah. Kalau berhenti kami boleh kehilangan waktu lebih setengah jam sedangkan orang perempuan yang ada dekat 10 orang boleh jadi terpinga-pinga dan kepenatan menunggu lama. Lagipun solat Jumaat tidak wajib pada orang yang sedang bermusafir jauh.


Tempat tujuan seterusnya adalah makam Tun Sri Lanang, Bendahara Empayar Johor-Riau-Lingga yang kemudian diangkat Sultan Aceh menjadi raja daerah di Samalanga.


Kami sampai ke makam beliau sekitar 2.45 petang. Di situ juga terdapat makam keturunannya. Lihat Makam keturunan ke-5 Tun Sri Lanang (Tomb of 5th generation descendants of Tun Sri Lanang). Di sebelah terdapat rumah yang telah dijadikan muzium ringkas. Lihat Pameran di rumah Tun Sri Lanang (Exhibition at the house of Tun Sri Lanang). Di halaman rumah ada pokok mangga yang amat besar.





Kami menjamakkan solat Zuhur (sebagai ganti solat Jumaat) dengan Asar di masjid berdekatan yang katanya diasaskan Tun Sri Lanang. Lihat Rupa baru (New look of) Masjid Kota Blang, Samalanga. Di laman belakang masjid juga ada sejumlah makam. Lihat Makam keluarga Tun Sri Lanang dan Teungku di Awe Geutah (Family tombs of Tun Sri Lanang dan Teungku di Awe Geutah).
.


Perjalanan ke Banda Aceh disambung sampai ke satu kawasan sebelum Sigli baru berhenti lagi, kali ini untuk membeli hidangan kuih enak. Di sini baru kereta yang membawa saya dan keluarga berpisah dengan rombongan. Ini kerana apabila kami sudah bersedia untuk pergi ramai masih berlegar-legar.



Itupun pada awalnya kami bercadang untuk bertemu kembali di sebuah stesyen minyak di Sigli. Tetapi setelah beberapa lama kami mendapati mereka masih jauh di belakang. Selain itu kami mahu mencuba satu jalan alternatif ke Banda Aceh, mereka pula mahu ikut jalan biasa. Maka kami teruskan mengikut laluan yang membawa ke jalan berliku-liku menghadap Selat Melaka. Lihat The alternative road to Banda Aceh
.


Rabu, April 23, 2014

Misi HIKMAH Aceh - Berkejar ke Perlak sebelum bermalam Jumaat di makam Malikus Saleh



Pagi Khamis 26 Mac 2014. Saya keluar berjalan kaki berseorangan dari hotel untuk melihat bandar Takengon.


Jalan-jalan sampai ke masjid besar. Rehat sebentar di masjid sebelum kembali ke hotel.


Kami check-out sebelum jam 10 lalu bersarapan di kedai berdekatan.


Selepas itu sampailah masa untuk meninggalkan kota atas gunung ini. Terlihat pintu gerbang satu kawasan pejabat kalau tak salah, ada bentuk ukiran yang saya suka panggil sebagai "lidah terjulur".


Singgah membeli buah-buahan di salah satu pekan dalam perjalanan turun.


Sampai ke kota Bireuen sudah jam 1.44 petang. Sempat singgah di sebuah makam di pinggir kota. Lihat artikel Makam lama dekat persimpanan Bireuen ke Takengon (Old tomb near Bireuen to Takengon junction) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Perjalanan diteruskan menghala barat ke Lhokseumawe. Singgah pula di masjid ini. Lihat Masjid al-Ikhlas berhampiran Lhokseumawe (Mosque of al-Ikhlas close to Lhokseumawe).


Ke hadapan sedikit terdapat makam satu watak yang katanya seorang ahli sihir perempuan dari negeri Cina tetapi kemudian memeluk Islam lalu mengahwini seorang putera raja. Lihat Makam (Tomb of) Putroe Neng, Blang Pulo, Lhokseumawe.


Seterusnya kami singgah di Geudong, tapak pusat kerajaan Samudera-Pasai. Di situ terletak makam Sultan Malikus Saleh yang amat terkenal itu. Tapi belum sampai masa untuk singgah. Sebaliknya kami cuma berhenti di makam seorang tokoh lain yang terletak bersebelahan jalan besar. Lihat Makam (Tomb of) Sayid Syarif, Geudong.



Saya mahu membawa keluarga singgah ke Perlak yang terletak lagi 2-3 jam perjalanan.


Menarik melihat keadaan musim pilihan raya umum.


Kami sampai ke pekan Perlak jam 6.10. Oh. Sebelum itu ada singgah di dua buah masjid. Lihat Masjid (Mosque of) Darul Istiqamah, Julok Cut dan Masjid (Mosque of) al-Ikhlash, Nurussalam.



Dari pekan kami perlu berjalan 6 km lagi melalui kampung-kampung untuk ke tempat tujuan. Ia adalah kompleks makam Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Syah. Alhamdulillah, kami sampai ketika masuk malam Jumaat. Sebelum itu ada kerisauan takut tak sempat kerana jaraknya begitu jauh dari Banda Aceh... sedangkan ada pelbagai tempat mahu dilawati sebelum acara ke-10 HIKMAH diadakan hari Sabtu


Saya dan isteri sudah 3 kali sampai sebelum ini, 2 kali bersama anak yang bernama Rasyid. Kali ini kami mahu anak kecil kami Johan pula menjejakkan kaki. Selain itu kami mahu menunjukkan pada ayah dan ibu tempat yang pernah menjadi pusat kerajaan Islam yang katanya terawal di Asia Tenggara. Lihat artikel Bringing Johan to the tomb of Maulana Abdul Aziz di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Pada tiang bangunan makam ada salasilah yang mengaitkan kesultanan Perlak dengan banyak kesultanan lain di Alam Melayu. Entah kenapa sebelum ini saya tidak sedar atau tidak ambil peduli. Sila buka di page baru untuk meneliti.


Selepas puas berada di makam baru kami makan malam di pekan Perlak. Kami sudah menjamakkan solat Maghrib dan Isyaq namun singgah di sebuah lagi masjid selepas itu. Lihat Masjid (Mosque of) Baitul Mukhlishin, Perlak.


Apapun saya sudah menyimpan niat untuk bermalam Jumaat di makam Sultan Malikus Saleh. Kami pun berpatah balik dari Perlak ke Geudong. Sampailah di makam hampir 12 malam. Siang nanti iaitu pagi Jumaat kami akan bertemu dengan rombongan dari Malaysia yang akan memeriahkan HIKMAH Aceh...


Isnin, April 21, 2014

Memanah sunnah semakin galak...

Hari ini ada rasa mahu menyambung siri "Misi HIKMAH Aceh". Tetapi apabila melihat isi majalah Seni Beladiri bulan Mei terasa mahu berkongsi sebahagian darinya.



Selalu juga apabila ke kedai majalah saya melihat majalah yang sudah terbit lama ini. Cuma jarang membeli kecuali betul-betul tertarik dengan isi. Kali ini saya tertarik apabila seorang kawan yang juga antara penyokong terawal HIKMAH menghias muka hadapan. Beliau yang dikenali sebagai Pak Din adalah seorang pelopor sukan memanah sunnah di Malaysia iaitu kaedah memanah yang katanya digunapakai Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.


Saya rasa eloklah isi ini dikongsikan pada orang ramai. Kalau tak salah sukan memanah sunnah sudah pun ditonjolkan dalam majalah edisi terdahulu. Cuma Pak Din sudah sekian lama seperti bergiat di belakang tabir. Walhal setahu saya dialah anak Melayu yang mula-mula diamanahkan oleh seorang Sheikh besar tariqat peringkat dunia untuk mengembangkan sunnah ini di Malaysia.. 

Ada anak muridnya lebih pandai menonjolkan diri sehingga kelihatan seperti pelopor. Lalu apabila sukan ini giat diperkenalkan pada majlis-majlis budaya dan silat, ramai menyangkakan anak murid tersebutlah guru utama dalam sukan sunnah ini. Saya lihat cuma dalam setengah tahun ini baru Pak Din diraikan pada tempat selayaknya sebagai mahaguru memanah. Mungkin setelah beberapa pihak berpengaruh diberitahu siapakah sebenarnya yang memulakan sukan ini sehingga sanggup bertanding di peringkat dunia, dan atas arahan siapa.


Pak Din pun asalnya seorang pesilat tegar dan masih pesilat tegar. Cuma tumpuannya kini lebih banyak pada memanah sambil berkuda. Hal ini tentu dinyatakan dalam majalah. Perjumpaan terbaru persatuan Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) yang diadakan beberapa waktu lalu turut diketengahkan.



Perjumpaan itu menonjolkan ramai srikandi silat.



Lain-lain cerita bacalah sendiri ya. Boleh buka di page baru untuk gambar yang lebih besar dan terang. Saya cuma ambil beberapa muka surat yang mempamerkan aktiviti memanah juga DSSM. Nak baca lebih lanjut beli sendiri di kedai. :]