Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Monday, May 21, 2018

Separuh akhir Pendekar Muda 2018

Salam semua. Sedar tak sedar hari ini Isnin sudah masuk hari ke-5 kita berpuasa bulan Ramadhan. Banyak perkara sudah berlaku sejak saya kali terakhir mengemaskinikn blogspot ini dengan artikel Sesi bertemu penulis dan tandatangan buku bersama Radzi Sapiee di PBAKL2018 setengah bulan lalu.  Paling mengejutkan adalah berlakunya perubahan besar kerajaan di peringkat negara dan negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 berlaku Rabu 9 Mei.

Di sini tidaklah saya ingin becakap tentang PRU-14 yang keputusan dan susulannya agak membingungkan. Sebaliknya saya ingin berpatah balik pada satu tempoh sebelum tamatnya PBAKL2018 Ahad 6 Mei.


Merujuk kepada artikel Sesi bertemu penulis dan tandatangan buku bersama Radzi Sapiee di PBAKL2018 yang dipersembahkan pada pagi Ahad 6 Mei iaitu hari terakhir PBAKL2018. Sepatutnya ada artikel baru terus menyusul selepas itu. Gambar-gambar telah disediakan tetapi saya pula terasa penat hendak menulis. Sebaliknya saya memberikan tumpuan kepada hari terakhir pesta buku.


Adapun artikel Sesi bertemu penulis dan tandatangan buku bersama Radzi Sapiee di PBAKL2018 menceritakan apa yang berlaku pada siang sebelumnya iaitu pada hari Sabtu 5 Mei. Malam itu saya membawa anak-anak dan isteri menghadiri satu majlis di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


Ia adalah sesi rakaman program Pendekar Muda untuk tahun 2018.


Ia adalah sambungan untuk program sama yang mula diperkenalkan tahun 2016. Rujuk artikel-artikel lama berikut :-






Sesi-sesi rakaman program Pendekar Muda 2018 pula sudah dimulakan sekitar bulan Mac lalu kalau tak salah.


Cuma ia tidak ditayangkan dalam stesyen TV Al-Hijrah seperti halnya dahulu. Kalau tak salah ia cuma ditayangkan dalam satu stesyen televisyen Internet.


Saya dan isteri sudah lama bercadang untuk menghadiri sekurang-kurangnya satu sesi rakaman edisi baru ini.


Tetapi kami selalu disibukkan dengan pelbagai perkara terutama melibatkan buku-buku terbaru saya.


Setelah pengetua program iaitu seorang pesilat negara yang juga merupakan seorang pelakon yang dikenali dengan panggilan mesra Wak Didi memberitahu bahawa program sudah masuk peringkat separuh akhir barulah kami menetapkan tekad untuk pergi.


Untuk itu kami sanggup menyewa bilik sebuah hotel berdekatan PWTC. Selepas urusan buku di PBAKL2018 hari Sabtu 5 Mei seperti diceritakan dalam artikel Sesi bertemu penulis dan tandatangan buku bersama Radzi Sapiee di PBAKL2018 kami check-in hotel. Malam ke program Pendekar Muda kemudian tidur di hotel. Esoknya boleh ke pesta buku lagi untuk hari terakhir acara.


Apapun kemeriahan separuh akhir Pendekar Muda 2018 cukup terasa...

















Malam itu ditumpukan kepada persembahan silat pulut oleh 6 atau 7 (saya pun tak pasti sebenarnya) peserta yang masih tinggal untuk separuh akhir...
































Malam itu tiada penyingkiran berlaku, sama seperti pada rakaman minggu sebelumnya...







Semua peserta yang tinggal dapat masuk ke peringkat akhir.


Ini dijangkakan akan diadakan di Pahang pada bulan Oktober. Sementara itu kem Pendekar Muda akan bersurai untuk memberi peluang para peserta berehat setelah 2 bulan gitu duduk bersama berlatih silat dan membuat banyak perkara bersama. Bulan September mereka akan masuk kem balik sebagai persediaan ke acara akhir.. Sebagai nota, tamat sahaja PBAKL2018 Ahad 6 Mei saya dilanda demam dan sakit-sakit badan teruk selama beberapa hari. Tu yang tak larat nak menulis buat beberapa lama. Hari ini baru dapat bergerak sedikit, alhamdulillah... :]



Sunday, May 06, 2018

Sesi bertemu penulis dan tandatangan buku bersama Radzi Sapiee di PBAKL2018

OK. Sekarang baru boleh masuk tentang pesta buku. Bersambung cerita daripada artikel Menyingkap sejarah keturunan raja-raja Bugis di Tanah Melayu.


Merujuk kepada artikel Tinjauan awal Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 yang dipersembahkan Isnin hampir seminggu lalu. Ada disebut di dalamnya bahawa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur atau PBAKL edisi tahun 2018 akan berlangsung di bangunan PWTC, Kuala Lumpur sehingga Ahad 6 Mei iaitu hari ini.


Turut disebut saya dan keluarga bercadang untuk datang lagi Selasa 1 Mei, cuti Hari Buruh. Untuk makluman tarikh tersebut adalah bersamaan 15 Sya'ban tahun Islam Hijriah, hari Nisfu Sya'aban  Namun disebabkan hal tertentu kami tak jadi datang walaupun sudah keluar jauh sekitar 50 km ke KL. Lihat artikel Memenangkan kepentingan orang Melayu dan Islam melalui PRU14.


Apapun, petang Khamis 3 Mei saya datang lagi tetapi tanpa membawa isteri dan anak-anak. Begitu juga keesokannya petang Jumaat iaitu selepas menghadiri majlis ilmu di Universit Malaya. Rujuk balik artikel Menyingkap sejarah keturunan raja-raja Bugis di Tanah Melayu.


Lebih penting lagi saya harus berusaha untuk menghadirkan diri pada dua hari terakhir PBAKL2018 iaitu Sabtu-Ahad 5-6 Mei. Komitmen ini ada dinyatakan dalam artikel Tinjauan awal Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018.


Semalam pagi Sabtu 5 Mei saya pun bertolak membawa isteri dan anak-anak ke PWTC...








Terus menuju ke reruai/gerai/khemah Kafilah buku di belakang kiri dewan utama Aras 3.


Kali ini saya wajib pergi dan sampai awal kerana ada sesi bertemu penulis dan tandatangan buku bersama saya Radzi Sapiee pada jam 11 pagi sehingga 1 tengah hari.



Alhamdulilah acara mendapat sambutan yang memberangsangkan...














Walaupun saya tidaklah mendapat sambutan hebat sampai orang ramai harus beratur menunggu giliran mendapatkan tandatangan seperti biasa berlaku pada golongan selebriti, pelakon, penyanyi dan penulis novel terkenal namun tetap ada sahaja orang datang berkunjung hampir tidak putus untuk membeli buku, meminta tandatangan dan sebagainya.











Paling tidak ada sahaja yang menemani untuk berbual panjang tentang sejarah juga hal-hal seperti alam kebatinan, dunia Tasawuf, perjuangan Ahlul Bait dan peristiwa akhir zaman...









Sambil itu reruai Kafilah Buku terus menerima pengunjung dan peminat serta pembeli buku.





Memandangkan hari ini Ahad 6 Mei adalah hari terakhir PBAKL2018 insyaallah saya akan ke sana lagi jam 2 petang...





Saya akan berlegar-legar terutama di reruai Kafilah Buku sampai acara tamat jam 9 malam. Jumpa kita di sana, insyaallah... :]